Rabu, 24 Februari 2010

Watikah Pengawas & Pengawas PSS








DATARAN GEMILANG: Majlis Watikah Pengawas dan Pengawas PSS serta Ketua & Penolong Kelas telah dijalankan pada pagi hari Isnin 8.2.2010. Tahniah diucapkan kepada yang telah dilantik. Pihak sekolah berharap para pengawas dan ketua/penolong kelas dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Terima kasih juga kepada guru Disiplin, guru PSS dan guru UBK yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.





SUKAN TAHUNAN 2010

Kejohanan Olahraga SMK SL telah selamat dijalankan pada 11.02.2010 dimana dua hari telah di ambil untuk acraa akhir iaitu 8-9.2.2010. Rumah UTARID menjuarai kejohanan ini. Tahniah.

Ahad, 7 Februari 2010

Merentas Desa

SUKAN untuk semua...Merentas IPAH!


IPAH: Kejohanan Merentas Desa akhirnya dilaksanakan pada pagi Sabtu, 6 Feb 2010 setelah dibatalkan pada 23 Jan kerana kemangkatan Sultan Johor. Tujuh kategori dipertandingan iaitu
  • Perempuan A, B dan C
  • Lelaki A, B dan C
  • Pendidikan Khas

Johan Keseluruhan kejohanan kali ini adalah rumah Utarid.

Tahniah UTARID!

Majlis Perpisahan Pn Hjh Saloma bt Zaini

Sayu......

DATARAN GEMILANG: Di pagi Jumaat ini, satu majlis perpisahan untuk Pn Hjh Saloma bt Zaini, mantan GPK 1 bersama pelajar-pelajar telah diadakan. Majlis ini memberi peluang kepada beliau untuk memberikan kata-kata semangat sebagai pendorong pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi pelajar kelas biologi beliau untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kesedihan jelas terasa kerana Hjh Saloma telah lama di sekolah ini. Kepergiannya bukanlah penamat silaturrahim yang telah terbina. Semoga berjumpa lagi cikgu.