Rabu, 11 Ogos 2010

KOKO Perdana

Bermula jam 2.30petang pada 24 Februari 2010, semua badan Unit Beruniform telah bersama-sama menjalani aktiviti Kokurikulum bersama secara perdana. Semua pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan besar dimana setiap kumpulan ada aktiviti masing-masing iaitu seperti Pemasangan Khemah, Gadget, Ikatan dan sebagainya. Pelajar boleh menyemak kumpulan masing-masing di papan kenyataan Koko.

Kejohanan Olahraga Kali ke-7

Pada 11 Feb 2010, bertempat di Padang SMK Seri Lalang, seawal 7.30pagi, pelajar-pelajar telah bersiap sedia untuk Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke-7. Persiapan pasukan perbarisan setiap rumah sukan begitu meriah dengan pelbagai ragam. Ada yang berkain batik, ada yang berbaju melayu dan ada pula yang jadi maskot. Acara kejohanan dimulakan dengan perbarisan tabik hormat dari kontigen rumah sukan dan badan unit beruniform dan bacaan ikrar kejohanan.