Sabtu, 30 Januari 2010

Tahniah Syafiqah Majid!

Pada hari Khamis, 21 Jan 2010, seorang pelajar yang merupakan pengawas PSS telah dicalonkan sebagai tokoh NILAM. Beliau adalah Nursyafiqah binti Majid dari kelas 5A. Tiga orang pegawai PKG Kluang telah hadir menemui Syafiqah di perpustakaan al-Biruni pada hari tersebut. Kecemerlangan Syafiqah dalam akademik dan kokurikulum, disamping pembacaan yang banyak dalam program NILAM menjadi tunjang pemilihan ini. Semoga beliau berjaya mengharumkan nama sekolah dan dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar yang lain. Teruskan Syafiqah...!!! Pihak PSS dan sekolah sentiasa menyokong anda dan akan membantu sehabis boleh supaya anda berjaya mencapai cita-cita. InsyaAllah...

Pada hari Jumaat, 29 Jan 2010, berlangsungnya program khemah NILAM yang dijalankan di dewan SK Lelaki Bandar. Syafiqah dan seorang guru pengiring, Pn Asmah Hanie (guru NILAM sekolah) telah hadir dalam pencarian tokoh NILAM. Semoga kejayaan di pihak kita.

Khamis, 28 Januari 2010

Sukantara

PADANG SMKSL: Pada 27 dan 28 Januari 2010, berlangsungnya sukantara di antara rumah-rumah sukan. Pelajar-pelajar dikehendaki hadir semula ke sekolah selepas waktu persekolahan iaitu pukul 4.00petang untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

Pengelola kejohanan sekolah, En Jamal telah menetapkan jadual sukantara seperti ketetapan berikut:

Acara yang setiap pelajar perlu sertai adalah larian 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Setiap acara, terdapat had yang perlu dilepasi pelajar untuk membolehkan mereka menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Satu mata untuk setiap satu acara yang disertai. Oleh itu, setiap pelajar berpeluang menyumbang 3 mata dalam sukantara ini.



Selain guru yang bertugas, guru-guru rumah sukan juga tidak melepaskan peluang untuk memantau dan mencuri-curi masa mengintai bakal peserta mereka untuk Acara Akhir dan Sukan Sekolah nanti.

Walaupun petang begitu panas, semua guru-guru yang dipertanggungjawabkan menjaga setiap acara tetap turun padang dengan 'gumbiranya'. SUKAN UNTUK SEMUA.

Khamis, 21 Januari 2010

Latihan Merentas Desa Minggu kedua

IPAH: Pelajar-pelajar SMK Seri Lalang telah menjalani latihan merentas desa kali kedua secara perdana oleh keempat-empat rumah sukan pada hari Rabu, 20 Jan 2010 kerana latihan pada hari sebelumnya dibatalkan akibat hujan lebat. Latihan Merentas Desa yang dimulakan pada pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang itu melalui trek merentas desa sebenar iaitu di Instutut Pertanian Ayer Hitam.
Guru-guru memantau pelajar-pelajar dalam latihan merentas desa di setiap simpang di trek laluan bagi memastikan pelajar selamat dan berada dalam laluan yang betul.
Pelajar-pelajar membuat latihan merentas desa untuk meningkatkan stamina disamping memperkenalkan trek kepada pelajar-pelajar baru khususnya pelajar tingkatan 1.

Selamat meneruskan perjuanganmu, cikgu!

BILIK MPV: Berlangsungnya Majlis Perpisahan guru-guru SMKSL yang ditukarkan ke sekolah lain iaitu Hjh Saloma bt Zaini (mantan GPK 1), En Vasathan, Pn Sarala ,Pn Salmiyahdan Pn Siti Rafiah(Kerani kewangan). Majlis ini berlangsung pada hari Khamis, 21 Jan 2010 di Bilik MPV SMK Seri Lalang selepas waktu persekolahan. Kesedihan jelas terasa kerana Hajah Saloma telah lama berada di sekolah ini sejak sekolah ini dibuka pada akhir tahun 2003.Hjh Hanim meluahkan rasa sedih di atas pertukaran Hjh Saloma ke SMKTHO. Namun begitu, kehadiran Tn Hj Khiru Nasir amatlah dialu-alukan. Selamat datang Tn Haji.

Majlis disudahi dengan penyampaian cenderamata dari KEBIRU, PSS, guru-guru dan staf sokongan tanda terima kasih di atas sumbangan yang dirai kepada sekolah. Terima kasih, cikgu!

Pelancaran Program NILAM 2010


DATARAN GEMILANG: Pada hari Isnin, 18 Jan 2010 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran PROGRAM NILAM peringkat sekolah. Pn Asmah Hanie selaku guru NILAM telah menyampai taklimat mengenai perlaksanaan program untuk diikuti oleh para pelajar. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pn Hjh Hanim, pengetua SMK Seri Lalang yang juga Pengerusi AJK Induk PSS sekolah.

LDP yang pertama..

Kecemerlangan pengurusan pemangkin kecemerlangan kerja warga pendidik dan akademik pelajar. Pada 14 Jan lalu, LDP pertama telah dijalankan dengan tajuk Sistem Fail PK01 yang dibentangkan oleh Pn Fauziah Abd Razak. Di dalam kursus ini juga, berlangsungnya penyerahan surat lantikan Ketua-ketua Panitia dan CD maklumat PK01 oleh Tn Hj Khiru Nasir, GPK 1 sekolah. Semoga guru-guru dapat melaksanakan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan fail-fail panitia mereka.

Selasa, 5 Januari 2010

Orientasi Ting1 dan Ting 4

Orientasi pelajar-pelajat Tingkatan 4 di jalankan di Bilik Muzik. Program orientasi yang dikendalikan oleh Pn Ungku Faridah (UBK) ini berlangsung 3 hari bermula 4Jan-6Jan. Pelajar-pelajar yang baharu sahaja memperoleh keputusan PMR ini didedahkan dengan mata pelajaran SPM yang bakal mereka ikuti seperti Sains Tulen, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan lain-lain yang pihak sekolah tawarkan. Semoga kecemerlangan terus bersama pelajar-pelajar ini. InsyaAllah. Majlis Penutupan Program Orientasi Ting1 dan Ting4 telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hanim bt Abdullah (Pengetua SMKSL). Terima kasih daun keladi, puan.
Sebelum para pelajar beredar ke kelas-kelas, slot mengambil gambar untuk Kad ID telah dijalankan oleh Pn Norhaizan dan Pn Noor Azizah. Pelajar-pelajar diminta beratur mengikut senarai nama dalam kelas masing-masing.

Pelajar diajar menyanyikan lagu sekolah oleh En Norhisyam. Suasana dewan menjadi gamat dengan nyanyian bersemangat mereka. Semoga mereka dapat menyanyikan dengan baik dan bersemangat seperti ini pada perhimpunan rasmi sekolah.
Pada hari ke-2, pelajar-pelajar di bawa melawat di sekitar kawasan sekolah untuk mengenali lokasi-lokasi bilik-bilik khas seperti perpustakaan, makmal komputer, bilik tayang, bilik bimbingan & kaunseling, makmal sains dan bengkel KH. Setiap lokasi yang dilawati, terdapat guru ajk yang memberikan sedikit taklimat. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat.

Pada hari Isnin, 4 Jan 2010 bermulalah hari persekolahan untuk tahun 2010. pelajar-pelajar baru tingkatan 1 menjalani orientasi dari 4-6 Jan. Terdapat 6 buah kelas iaitu 1 aliran agama iaitu 1 KAA dan 5 kelas biasa iaitu 1A, 1B, 1C, 1D dan 1E. Terdapat seramai 185 orang pelajar tingkatan 1 yang telah mendaftar di SMKSL. Selamat menyesuaikan diri! Program orientasi Ting1 dijalankan di dewan sekolah.

Asrama Baharu, Semangat Baharu!







Asrama SMKSL dibuka secara rasminya kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Aliran Agama pada hari Ahad, 3 Jan 2010. Ibu bapa pelajar mula datang mendaftarkan anak mereka pada pukul 2.30 petang. Sesudah sedikit taklimat kepada ibu bapa dan pelajar oleh pihak pentadbiran sekolah, kelihatan mereka sibuk check-in ke dorm masing-masing. Pihak sekolah dan warden berharap segala kemudahan asrama yang disediakan di manfaatkan sebaik-baiknya oleh para pelajar.

Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT KEMBALI KE SMKSL


Assalamualaikum...

Selamat Datang kepada semua pelajar Tingkatan 1 ke sekolah kami.
Selamat kembali ke sekolah bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5.
Semoga pelajar-pelajar dapat memulakan sessi persekolahan tahun 2010 dengan semangat yang berkobar-kobar!
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang baru sahaja menerima keputusan PMR mereka pada 24 Dis 2009 yang lalu. Semoga anda dapat meneruskan kecemerlangan anda!

Selamat datang kepada guru-guru yang baharu berpindah ke SMKSL iaitu:
  • Tn Hj Khiru Nasir
  • En Ishak
  • Pn Azfalina
  • Cik Habibah
  • Pn Fadhlina
Selamat kembali dari tanah suci Mekah kepada cikgu Musani.
SALAM SEJAHTERA semua.....!