Selasa, 5 Januari 2010

Orientasi Ting1 dan Ting 4

Orientasi pelajar-pelajat Tingkatan 4 di jalankan di Bilik Muzik. Program orientasi yang dikendalikan oleh Pn Ungku Faridah (UBK) ini berlangsung 3 hari bermula 4Jan-6Jan. Pelajar-pelajar yang baharu sahaja memperoleh keputusan PMR ini didedahkan dengan mata pelajaran SPM yang bakal mereka ikuti seperti Sains Tulen, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan lain-lain yang pihak sekolah tawarkan. Semoga kecemerlangan terus bersama pelajar-pelajar ini. InsyaAllah. Majlis Penutupan Program Orientasi Ting1 dan Ting4 telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hanim bt Abdullah (Pengetua SMKSL). Terima kasih daun keladi, puan.
Sebelum para pelajar beredar ke kelas-kelas, slot mengambil gambar untuk Kad ID telah dijalankan oleh Pn Norhaizan dan Pn Noor Azizah. Pelajar-pelajar diminta beratur mengikut senarai nama dalam kelas masing-masing.

Pelajar diajar menyanyikan lagu sekolah oleh En Norhisyam. Suasana dewan menjadi gamat dengan nyanyian bersemangat mereka. Semoga mereka dapat menyanyikan dengan baik dan bersemangat seperti ini pada perhimpunan rasmi sekolah.
Pada hari ke-2, pelajar-pelajar di bawa melawat di sekitar kawasan sekolah untuk mengenali lokasi-lokasi bilik-bilik khas seperti perpustakaan, makmal komputer, bilik tayang, bilik bimbingan & kaunseling, makmal sains dan bengkel KH. Setiap lokasi yang dilawati, terdapat guru ajk yang memberikan sedikit taklimat. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat.

Pada hari Isnin, 4 Jan 2010 bermulalah hari persekolahan untuk tahun 2010. pelajar-pelajar baru tingkatan 1 menjalani orientasi dari 4-6 Jan. Terdapat 6 buah kelas iaitu 1 aliran agama iaitu 1 KAA dan 5 kelas biasa iaitu 1A, 1B, 1C, 1D dan 1E. Terdapat seramai 185 orang pelajar tingkatan 1 yang telah mendaftar di SMKSL. Selamat menyesuaikan diri! Program orientasi Ting1 dijalankan di dewan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan