Rabu, 11 Ogos 2010

Kejohanan Olahraga Kali ke-7

Pada 11 Feb 2010, bertempat di Padang SMK Seri Lalang, seawal 7.30pagi, pelajar-pelajar telah bersiap sedia untuk Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke-7. Persiapan pasukan perbarisan setiap rumah sukan begitu meriah dengan pelbagai ragam. Ada yang berkain batik, ada yang berbaju melayu dan ada pula yang jadi maskot. Acara kejohanan dimulakan dengan perbarisan tabik hormat dari kontigen rumah sukan dan badan unit beruniform dan bacaan ikrar kejohanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan